Bagaimana bersin boleh terjadi? Sesetengah orang akan bersin apabila waktu pagi, jenis ini kemungkinan kerana orang tersebut menghidapi penyakit resdung. Ada sesetengah orang akan bersin bila ada habuk di sekeliling mereka dan jenis ini adalah orang yang mempunyai alergi terhadap habuk dan debu. Di samping itu, ada juga bersin yang disebabkan oleh demam atau selsema. Jadi mari kita ketahui bagaimana bersin boleh berlaku dan 10 Fakta Unik Tentang Bersin.
Apa itu bersin?
Bersin adalah satu hembusan udara yang hebat, yang bergerak melalui mulut dan hidung. Bersin ini terjadi secara involuntary, iaitu tanpa kawalan kita. Biasanya bersin terjadi kerana terdapat partikel atau sesuatu yang mengganggu di dalam hidung anda. Saraf-saraf di bahagian hujung dalam hidung itu merangsang anda bersin bagi menyingkirkan partikel-partikel tersebut keluar.
BERSIN merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudharat kepada otak demi menyihatkan anggota tubuh badan. Nabi Muhammad S.A.W juga menyaran kepada para muslim agar mendoakan kerahmatannya, iaitu sesudah bersin dengan ucapan 'Alhamdulillah'.
Hehe. Jangan bersin depan screen yerr
Fakta 1
Bersin merupakan reaksi spontan tubuh untuk membersihkan lubang hidung dari benda-benda asing yang telah Rendra sebutkan diatas dengan cara hembusan angin yang kuat dari paru-paru keluar tubuh baik melalui hidung ataupun mulut.
Fakta 2
Udara yang terhembus ketika kita mengalami bersin mempunyai kelajuan yang mencecah 160 km per jam.
Fakta 3
Seseorang yang bersin telah melontarkan ratusan ribu kuman ke udara di sekitarnya.
Fakta 4
Bahagian alis di sekitar mata kita memiliki hubungan dengan saraf di sekitar hidung, akibatnya bila kita mencabuti alis maka akan menyebabkan terjadinya bersin.
Fakta 5
Di saat tidur tubuh kita berada dalam kondisi istirahat begitu juga saraf di sekitar hidung, jadi ketika tidur kita tidak akan mengalami bersin.
Fakta 6
Melakukan kerja berat seharian penuh dapat menggalakkan bersin. Mengapa terjadi demikian?? Kerana setelah melakukan kerja berat, mulut dan hidung kita berada dalam keadaan kering sehingga hidung akan menghasilkan lendir yang berlebih yang boleh mencetuskan bersin.
Fakta 7
Meski kita dapat menahan sebelum bersin terjadi, namun bersin itu tidak akan dapat dihentikan apabila ia sudah keluar.
Fakta 8
Hasil kajian telah membuktikan bahawa 1 daripada 3 orang akan mengalami bersin apabila terkena sinaran cahaya matahari secara langsung. Menurut pakar, hal tersebut adalah disebabkan oleh pengaruh oleh faktor genetik.
Fakta 9
Sejumlah pakar meyakini bahwa stimulasi sistem parasimpatik tidak hanya membuat orang begitu menikmati hubungan seksual, namun mereka juga akan menikmati bersin.
Fakta 10
Rekod bersin paling lama telah dimiliki oleh Donna Griffiths dari Worcesthaire, Inggeris. Dia mengalami bersin selama 978 hari dengan sekali bersin setiap minit.
Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnya ialah apabila orang yang bersin mengucapkan "Alhmdulillah" dan orang yang mendengarnya hendaklah berkata "Yarhamukallah", dan orang yang bersin itu menjawab semula "Yahdikumullah wa Yushlihubalakum"
Mari sama-sama kita amalkan. Insyaallah
Sebarkan Ilmu Walau Sedikit
No comments:
Post a Comment