Iklan Nuffnang

Friday 19 September 2014

Fakta Menarik Tentang Wudhuk - Kelebihan Wudhu Hasil Dari Kajian Seorang Professor

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahriahmanirahim

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, ialah seorang ahli psikiatrik dan juga Neurologist dari Austria. Beliau telah menemui sesuatu yang menakjubkan tentang wudhu. Prof Leopold juga telah mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dalam tubuh badan manusia ternyata berada di bahagian dahi, tangan, dan kaki, iaitu bahagian-bahagian anggota wudhu tersebut.



Gambar Prof Leopold


Pusat-pusat saraf ini sangat sensitif terhadap air segar. Dari penemuan ini, Prof Leopold telah membuktikan hikmah-hikmah di sebalik mengambil wudhu itu, yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah beliau juga mencadangkan bahawa amalan mengambil wudhu ini bukanlah hanya boleh dilakukan oleh umat Islam sahaja, bahkan untuk semua umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka dengan itu, manusia akan dapat memelihara kesihatan tubuh badan dan juga keselarasan pusat sarafnya. Tanpa disangka, Prof Leopold akhirnya memeluk agama Islam dan juga telah menukarkan namanya kepada Baron Omar Rolf Ehrenfels.


Secara faktanya, anggota badan yang dibasuh melalui wudhu ini, ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam Surah Al-Maidah, Ayat 6. Mari Baca. Bismillahirahmanirahim.



Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga dosa yang berkaitan dengan anggota itu, menjadi bersih dari dosa. Di dalam kalangan ulama pula melarang untuk mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dikatakan bahawa proses pembersihan (dosa) itu adalah sehingga ke titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma'). Wallahualam.


Sekian dahulu dari saya. Jika ada kesilapan atau tambahan, sila komen di bawah agar pihak kami dapat membuat penambahbaikan. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!

Wednesday 17 September 2014

10 Fakta Menarik Tentang Bersin - Ketahui Bagaimana Bersin Boleh Terjadi

Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim

Bagaimana bersin boleh terjadi? Sesetengah orang akan bersin apabila waktu pagi, jenis ini kemungkinan kerana orang tersebut menghidapi penyakit resdung. Ada sesetengah orang akan bersin bila ada habuk di sekeliling mereka dan jenis ini adalah orang yang mempunyai alergi terhadap habuk dan debu. Di samping itu, ada juga bersin yang disebabkan oleh demam atau selsema. Jadi mari kita ketahui bagaimana bersin boleh berlaku dan 10 Fakta Unik Tentang Bersin.

Apa itu bersin?

Bersin adalah satu hembusan udara yang hebat, yang bergerak melalui mulut dan hidung. Bersin ini terjadi secara involuntary, iaitu tanpa kawalan kita. Biasanya bersin terjadi kerana terdapat partikel atau sesuatu yang mengganggu di dalam hidung anda. Saraf-saraf di bahagian hujung dalam hidung itu merangsang anda bersin bagi menyingkirkan partikel-partikel tersebut keluar.

BERSIN merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudharat kepada otak demi menyihatkan anggota tubuh badan. Nabi Muhammad S.A.W juga menyaran kepada para muslim agar mendoakan kerahmatannya, iaitu sesudah bersin dengan ucapan 'Alhamdulillah'. 


Hehe. Jangan bersin depan screen yerr


10 Fakta Menarik Tentang Bersin

Fakta 1
Bersin merupakan reaksi spontan tubuh untuk membersihkan lubang hidung dari benda-benda asing yang telah Rendra sebutkan diatas dengan cara hembusan angin yang kuat dari paru-paru keluar tubuh baik melalui hidung ataupun mulut.

Fakta 2
Udara yang terhembus ketika kita mengalami bersin mempunyai kelajuan yang mencecah 160 km per jam.

Fakta 3
Seseorang yang bersin telah melontarkan ratusan ribu kuman ke udara di sekitarnya.


Fakta 4
Bahagian alis di sekitar mata kita memiliki hubungan dengan saraf di sekitar hidung, akibatnya bila kita mencabuti alis maka akan menyebabkan terjadinya bersin.

Fakta 5
Di saat tidur tubuh kita berada dalam kondisi istirahat begitu juga saraf di sekitar hidung, jadi ketika tidur kita tidak akan mengalami bersin.


Fakta 6
Melakukan kerja berat seharian penuh dapat menggalakkan bersin. Mengapa terjadi demikian?? Kerana setelah melakukan kerja berat, mulut dan hidung kita berada dalam keadaan kering sehingga hidung akan menghasilkan lendir yang berlebih yang boleh mencetuskan bersin.

Fakta 7
Meski kita dapat menahan sebelum bersin terjadi, namun bersin itu tidak akan dapat dihentikan apabila ia sudah keluar.


Fakta 8
Hasil kajian telah membuktikan bahawa
 1 daripada 3 orang akan mengalami bersin apabila terkena sinaran cahaya matahari secara langsung. Menurut pakar, hal tersebut adalah disebabkan oleh pengaruh oleh faktor genetik.

Fakta 9
Sejumlah pakar meyakini bahwa stimulasi sistem parasimpatik tidak hanya membuat orang begitu menikmati hubungan seksual, namun mereka juga akan menikmati bersin.

Fakta 10
Rekod bersin paling lama  telah dimiliki oleh Donna Griffiths dari Worcesthaire, Inggeris. Dia mengalami bersin selama 978 hari dengan sekali bersin setiap minit.


Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnya ialah apabila orang yang bersin mengucapkan "Alhmdulillah" dan orang yang mendengarnya hendaklah berkata "Yarhamukallah", dan orang yang bersin itu menjawab semula "Yahdikumullah wa Yushlihubalakum"


Mari sama-sama kita amalkan. Insyaallah


Sekain dahulu dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Walau Sedikit

Sunday 14 September 2014

Padah Makan Pedas !

Assalamualaikum w.b.t

Ramai lagi tidak menyedari bahawa makanan pedas, berasid, berlemak dan berangin mampu memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh badan kita. Namun apakan daya, masakan ini telah sebati dengan gaya hidup, malah menjadi suatu budaya terhadap masyarakat kita.

Sapo makan lado,.ghaso la podeh eh..


Memang lazat jika makan berasakan sumber diatas, namun tahukah anda memakan makanan berkenaan tanpa pemantauan yang sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu boleh diserang pedih ulu hati atau Gastro-Esophageal Reflux Disease (GERD).

Apa itu GERD? GERD adalah gangguan penyakit pencernaan yang kronik, yang berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut) 


Makanan dikunyah di mulut, kemudian apabila kita menelan, ia turun melalui LRT Esofagus sehingga tiba di Terminal Stomach.


Di dalam perut (stomach) kita wujudnya sejenis asid yang dipanggil HCL Asid. Asid ini dihasilkan oleh perut untuk tujuan penghadaman makanan. Bukan mulut kita sahaja yang mengunyah tau, bahkan perut kita juga "menguyah" tetapi secara chemical. Jadi apabila kita kerap melahap makanan yang pedas, ia akan mengganggu proses penghadaman dalam perut itu. 

Untuk pengetahuan semua, HCL Asid ini hanya sesuai berada di dalam perut SAHAJA. Hebat bukan ciptaan Allah. Jadi apabila terdapatnya gangguan atau peningkatan kandungan asid ini dalam perut, ia akan melimpah ke bahagian Esofagus (lihat gambar). Allah cipta permukaan Esofagus ini kurang lasak dari permukaan perut. Jadi apabila asid itu sudah sampai ke Esofagus, terjadilah pedih ulu hati itu. 

Kenapa pedih? Kenapa bila asid itu ada dalam perut tadi, tak pedih pula? Seperti saya beritahu tadi, HCL Asid hanya sesuai berada di dalam perut sahaja. HCl Asid ini telah ditugaskan untuk menghadam makanan dalam perut, bukan di Esofagus. Jadi, sekarang anda sudah tahu bagaiman pedih ulu hati itu berlaku. 

Cili paling pedas di dunia adalah dari spesis Trinidad Scorpion Butch T


Sekian, itu sahaja maklumat untuk hari ini. 

Assalamualaikum w.b.t

Baca Hadith penting tentang Rukun Islam DISINI

Ilmu Bukan Untuk Disimpan, Ilmu Untuk Disebarkan

Share Widget

Share This!

Terima Kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...